Thursday 19 August 2010

Projek Amal Al Birr Wa Taqwa II, 2010

Alhamdulillah, sekali lagi Projek Amal Al Birr Wa Taqwa telah dapat diungkayahkan dengan jayanya pada tahun ini. Persiapan bagi projek tersebut telah bermula sejak beberapa bulan yang lalu dengan kerjasama daripada para ahli jawatankuasa projek yang telah dilantik dan juga para pegawai dan kakitangan DHSB yang lain.

Pada tahun ini, projek tersebut telah dijalankan pada 16 dan 17hb Ogos 2010 bersamaan dengan 5 dan 6 Ramadhan 1431H. Sebanyak 14 buah keluarga telah dikenalpasti iaitu 8 keluarga dari Daerah Brunei Muara, 2 keluarga dari Daerah Tutong dan 4 keluarga dari Daerah Belait.

Sebagai makluman bersama, Projek Amal Al Birr Wa Taqwa ini merupakan sebuah projek amal tahunan yang dikendalikan oleh Darussalam Holdings Sendirian Berhad khususnya di bulan Ramadhan. Tujuan projek ini diadakan ialah bagi membantu para keluarga dan individu yang hidup dalam kemiskinan.Bantuan yang diberikan adalah berbentuk barang keperluan dapur seperti beras, gula dan pelbagai jenis makanan lain, pakaian, peralatan sekolah dan juga wang tunai.

Alhamdulillah, pada tahun ini pihak DHSB telah mendapat banyak sumbangan dan sokongan  bagi projek ini dan di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sounds of Hope, Kristal FM, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, para penderma dan kepada semua yang terlibat, sama ada secara langunsung atau tidak dalam menjayakan projek amal ini. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal bagi amal kebajikan kita. Amin.

No comments:

Post a Comment