Thursday 11 August 2011

Projek Amal Al Birr Wa Taqwa III

Projek Amal Al Birr Wa Taqwa merupakan projek khidmat masyarakat yang telah dikendalikan sejak tahun 2009 Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) melalui Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan Korporat, sebagai salah satu inisiatif DHSB melalui CSR (Corporate Social Responsibilty) dalam memeduli serta mengambil berat kebajikan rakyat dan penduduk yang berpendapatan kecil khususnya dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah, selama dua tahun berturut-turut projek ini telah banyak menarik beberapa institusi dan orang persendirian turut sama menghulurkan bantuan yang berupa kewangan, makanan dan pakaian. Ianya juga berkat sokongan daripada pihak pengurusan dan kerjasama yang telah diberikan oleh para pegawai serta kakitangan DHSB, projek amal tersebut ini telah berjaya dikendalikan dari tahun ke tahun.

Melalui projek ini, DHSB berhasrat akan menghulurkan bantuan kepada ke empat-empat Daerah. Walaubagaimanapun pada dua tahun lepas tumpuan projek hanya dapat dilaksanakan di Daerah Brunei/Muara, Tutong dan Belait. Bagi menepati hasrat tersebut, pada tahun ini Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan Korporat, DHSB sekali lagi akan mengadakan projek tersebut yang merupakan bagi tahun ketiga (3), perlaksanaan dengan penumpuan akan dibuat ke Daerah Temburong sahaja. Pembahagian akan merangkumi kesemua lima (5) Mukim di Daerah tersebut dengan membahagikan tiga (3) keluarga bagi setiap Mukim. Projek akan di lakukan pada 16 dan 17 hb Ogos bersamaan dengan 15 dan 16 Ramadhan 1432.

Dari itu, DHSB juga mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghulurkan derma dari segi kewangan kepada bakal-bakal penerima bantuan ini nanti. Tabung bantuan ada disediakan di pejabat kekal kami yang bertempat di The Airport Mall, Simpang 13-25, Unit 10-12, Tingkat lantai dan Tingkat satu, Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’, Bandar Seri Begawan BB2713. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kami di talian 8988501. Tarikh tutup menerima wang sumbangan ialah pada 15hb Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment