Monday 20 February 2012

Media Permata - Darussalam Holding buka cawangan di Belait

Tetamu Kehormat menandatangani plak Pejabat Baru cawangan Daerah Belait Darussalam Holdings Sdn Bhd. 


KUALA BELAIT, 16 Feb - Syarikat Darussalam Holding Sendirian Berhad (DHSB) hari ini membuka cawangan pertama di Daerah Belait di Unit 22 Blok D, Lot 8989 Jalan Pandan 7 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Darussalam Holdings Sendirian Berhad Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail.

Beliau ketika berucap pada perasmian itu mengatakan, DHSB cawangan baru itu dihasrat dapat memudah dan mempercepatkan urusan penduduk di daerah ini dan persekitarannya tanpa perlu memandu sejauh 104km ke Daerah Brunei Muara bagi mendapatkan khidmat istimewa syarikat itu. DHSB juga berhasrat membuka cawangan di Daerah Tutong dan Temburong kerana terdapat ramai juga pelanggan di kedua-dua daerah itu.
Menurutnya, perkhidmatan syarikat itu tidak terhad kepada haji, umrah dan pelancongan sahaja, malah sentiasa meneroka bidang urusniaga lain yang berkualiti dan kompetitif serta bertaraf antarabangsa.

"Salah satu perkhidmatan yang baru sahaja diperkenalkan ialah perkhidmatan pembungkusan bagasi yang dipanggil "wraf N Fly" yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas sejak dilancarkan pada awal tahun 2010, yang merupakan perkhidmatan julung kalinya ditawarkan di negara ini dan sebagai perkhidmatan tambahan atau "Value Added Services" bagi mempelbagaikan lagi jenis perkhidmatan yang terdapat di lapangan terbang dan juga bagi membantu kerajaan meningkatkan taraf piwaian lapangan terbang, serta dalam masa yang sama membantu para penumpang kapal terbang menyelamatkan harta benda mereka yang disimpan di kargo," katanya.

DHSB juga sangat bergiat aktif dalam membuat promosi pakej-pakej pelancongan samada di dalam mahupun ke luar negara, dan juga sentiasa mempamerkan keistimewaan dan keindahan negara ini kepada pelancong luar dengan pakej pelancongan mereka.
Sempena perasmian itu, Syarikat Brunei Darussalam Holdings Sendirian Berhad menawarkan promosi pakej umrah dan pelancongan yang cukup menarik dan hebat dibukakan selama tiga hari berturut-turut hingga 18 Februari ini.
Promosi menawarkan harga menarik bagi semua pelanggan yang membuat pembelian sahaja. Di samping promosi harga istimewa, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan cabutan hadiah bertuah bagi tempoh selama satu bulan bermula hari ini yang terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian pakej atau tiket penerbangan melalui cawangan (DHSB) Kuala Belait sahaja.
Pelanggan pertama daripada 50 orang akan berpeluang menerima hadiah dan cabutan hadiah bertuah, antara hadiah-hadiahnya termasuklah satu baucar bernilai $2,000, satu tiket penerbangan ke Shanghai dan satu tiket ke Kuala Lumpur.

Cabutan hadiah bertuah akan diadakan pada 16 Februari sehingga 15 Mach 2012. Dalam masa yang sama untuk selama tiga hari sahaja, DHSB akan memberikan potongan harga sejumlah $50 kepada sebahagian daripada Pakej Islam terkenal mereka, yang akan diadakan antara bulan Jun sehingga Disember nanti juga ke beberapa destinasi dengan menggunakan Penerbangan Royal Brunei.

Untuk maklumat lanjut hubungi DHSB 2238160/1 atau 2231964 atau 3330166 dan 3330177.
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di cawangan Kuala Belait juga sama seperti yang terdapat di Ibu Pejabat DHSB di Airport Mall Berakas, antaranya Pakej Umrah dan Haji, tempahan tiket penerbangan, serta pakej-pakej pelancongan dalam dan luar negara dan sebagainya.

Waktu-waktu perkhidmatan DHSB Kuala Belait, dibukakan pada Selasa hingga Khamis dan Sabtu daripada pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang, Jumaat daripada 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:30 petang hingga 5:00 petang dan akan ditutup pada hari Ahad dan Isnin serta pada cuti-cuti awam.

Majlis hari ini juga turut menyaksikan tetamu kehormat menandatangani plak DHSB dan seterusnya melawat beberapa kemudahan yang terdapat di dalam pejabat syarikat tersebut, dan kemudiannya sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dan kakitangan DHSB.

No comments:

Post a Comment