Monday 23 July 2012

Projek Amal Al Birr Wa Taqwa



Projek Amal Al Birr Wa Taqwa merupakan projek khidmat masyarakat yang telah dikendalikan sejak tahun 2009. Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) melalui Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan Korporat, sebagai salah satu inisiatif DHSB melalui CSR (Corporate Social Responsibilty) dalam memeduli serta mengambil berat kebajikan rakyat dan penduduk yang berpendapatan kecil khususnya dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah, selama tiga tahun berturut-turut projek ini telah banyak menarik beberapa institusi dan orang persendirian turut sama menghulurkan bantuan yang berupa kewangan, makanan dan pakaian. Ianya juga berkat sokongan daripada pihak pengurusan dan kerjasama yang telah diberikan oleh para pegawai serta kakitangan DHSB, projek amal tersebut ini telah berjaya dikendalikan dari tahun ke tahun.

Dari itu, DHSB juga mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghulurkan derma dari segi kewangan  atau makanan kepada bakal-bakal penerima bantuan ini nanti. Tabung bantuan ada disediakan di Ibupejabat kami yang bertempat di The Airport Mall, Simpang 13-25, Unit 10-12, Tingkat lantai dan Tingkat satu, Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’, Bandar Seri Begawan BB2713 dan juga di Cawangan kami di Unit 22, Blok D, Lot 8989, Jalan Pandan 7, Kuala Belait. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kami di talian  2231968 / 2231790 atau 8988501. Tarikh tutup menerima sumbangan ialah pada 15hb Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment