Saturday 17 September 2011

SIARAN AKHBAR

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN TAMBANG DAN PAKEJ HAJI BAGI SAUDARA-SAUDARA BARU
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenaan mengurniakan tambang-tambang Haji kepada Saudara-saudara Baru adalah untuk memberi peluang kepada mereka bersama umat Islam yang lain menunaikan Fardhu Haji.
Dengan adanya kurnia tambang speerti ini ia mengambarkan pemedulian Baginda kepada Saudara-saudara Baru di negara ini, disamping bagi tujuan untuk meningkatkan penghayatan agama Islam dikalangan Saudara-saudara Baru yang sempurna dan mantap, bukan sahaja dari segi akidah dan keimanan terhadap Allah Subhanahu Wataala tetapi juga segi perlaksanaan ibadah yang terdapat dalam syariat Islam khususnya perlaksanaan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Fardhu Haji ke Mekah.
Pada tahun ini seramai 18 orang Saudara-Saudara Baru telah diperkanankan untuk dikurniakan tambang Haji bagi menunaikan Fardhu Haji pada musim haji tahun 1432/2011, telah dikurniakan perkara-perkara berikut:
  1. Tiap-tiap mereka dikurniakan tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Suktan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menurur kadar yang diberikan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan iaitu sebanyak $3,500.00 tiap-tiap seorang.
  2. Tiap-tiap seorang dari mereka dikurniakan bantuan kewangan selain dari tambang di ceraian (ii) di atas sebanyak $5,200.00 lagi bagi mencukupkan pakej haji iaitu pakej haji Darussalam Holding "Pakej Zamrud 4" yang berharga $8,700.00 dan bantuan ini dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.
  3. Tiap-tiap mereka diberikan bantuan kewangan sebanyak $1,000.00 bagi perbelanjaan bagi perbelanjaan persendirian (wang saku) yang mana perbelanjaan ini diambil juga daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.
Penyampaian bantuan bayaran bagi mencukupkan pakej Haji bagi Saudara-Saudara Baru berjumlah $88,400.00 telah diserahkan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Sapar, Setiausaha Majlis Ugama Islam kepada Pengarah Darussalam Holdings Awang Haji Mahmud Bin Haji Mohamed, bertempat di bilik persidangan As-Salam, Darussalam Holdings Sdn Bhd, The Airport Mall, Unit 10-12, 1st Floor, Simpang 13-29, Kampong Jaya Setia, Mukim Berakas 'A', BB2713, Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 16hb Syawal 1431 bersamaan 15hb September 2011

No comments:

Post a Comment